? ??????????????Love Glows!? ????? ?? ???Rating: 4.8 (12 Ratings)??68 Grabs Today. 10618 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Love to Hate? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??66 Grabs Today. 13394 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 11, 2009

Korban di Aidiladha

Rasa ana rumah nielah yang abang bawa ana iaitu tempat abang mengaji. Rumah seorang ustaz. Tapi ana tak dapat ikut sekali. Biasanya daging yang disembelih agak berbau hamis tapi tidak pada daging korban yang disembelih ustaz ini. Kata adik ipar ana ada cara atau teknik tertentu malah doa juga memainkan peranan utama. Hmmm, betul tu. Makanya, selesai sahaja pembahagian daging2 korban itu, abang pun bawa balik sebungkus. Walaupun sebungkus namun agak banyak. Tak habis ana & abang nak makan ni. So, bagi sikit kat jiran sebelah. Bila saja ana bersih2kan daging tu, ya Allah lembut gitu. Tak payah nak lembutkan lagi. Almaklumlah, ana ni jarang2 masak daging. Sebab dalam rumah tu berdua aje. Hakim & anas pula masih kecil dan ana jarang bagi makan daging pada budak2 ni. Lambat hadam. Tapi kalau ayam dan ikan, telor tu selalu.





Anas & Hakim nie first time tengok daging2 tu..
asyik nampaknya ya!

Biskut raya aidiladha 2009

Sehari sebelum raya aidiladha, ana rasa macam nak buat biskut. Tapi dah agak petang, takpelah.. mulakan cari bahan2nya. Bila siap, dah tengah malam. Sampai pening kepala ana dek kerana bakar biskut punya hal. Tetiba aje rasa nak minum jus limau kasturi, tak nak tambah air atau gula atau ape-ape pun. Camne tu? Minta tolong abang buatkan, hmm, abang pun apalagi habis diperahnya limau kasturi sebakul! Dah siap, ana pun minumlah. Tak berkerut langsung..tak masam ke? Taklah... apa kes nie minum jus limau kasturi masam2 tengahmalam ni?





biskut kacang atau biskut mazola, sama la tu..
almond london as usual

antara biskut yang ana buat ialah hazelnut cookies dragon ball
dah pun siap untuk dibawa ke rumah mak!!


Sekitar Majlis Ihtifal Taski Abim Alhidayah

Majlis ini diadakan pada hari Sabtu, sehari bermulanya cuti persekolahan akhir tahun 2009. Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai parents, maka ana dan abang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.












Hakim yang sempat posing..

Muffin Pandan

Dah lama rasanya tak update blog, tapi pic dah ambil banyak cuma x masuk aje. Hmmm, dah cakap aritu, kalau sekali buat muffin mesti nak buat lagi dan lagi. Semudah cekodok meminjam kata2 dari kak hanieliza. Resepi dicedok dari Rinnchan.
Taraaaaaaaaaa......





Naik pun, itu diaaa...siap!!!




Wednesday, November 18, 2009

Muffin Coklat








Nampak gaya bila dah buat muffin ni sekali, pasti nak buat lagi.




Nasi ayam


Nasinya ana menggunakan beras Moghul Faiza Basmathi

Teruja tengok nasi ayam dalam fp kak liza aritu, makanya ana pun siap pesan kat abang beli ayam dan bahan2 kat market.

Kuah sup ana x letak sni, pasal x ambil pic. Keletihan..
Bila dihidangkan atas meja, berselera betul abang makan ngan Hakim. Siap tambah nasi lagi.
Seronok ana tengok. Apapun thanks a lot to D sbb sudi panjangkan resipi ini.

Muffin


Ini muffin blueberry siap tabur coklat rice
Teringin pula nak cuba muffin nih. Tak pernah buat pun. Bila ana fikirkan,
ada oven tu, hah apalagi............

Tengok tu... dah naik pun muffin ana

Puding Roti

Tuesday, November 10, 2009