Tuesday, September 24, 2013
Genap 44 hari di Raudhatul U'lum
Cepatnya masa berlalu..tak sangka rupanya sudah genap 44 hari Hakim di Raudhatul U'lum. Ini bermakna telah habis masa berpantang bagi Adil Hakim. Ibulah orang yang paling gembira menanti saat ini setelah ibu menghitung hari. Ibu pun bagitahu pada ayah, ayah cakap 'dah cukup 44 hari ke Sue?' Iya...iya...syukurlah. Ibu amat mengharapkan kamu dapat meneruskan pengajian di Raudhatul Ulum. Supaya dapat kamu meneruskan kesinambungan 'abang2 kamu' iaitu bekas para pelajar yang cekal dan tabah meneruskan kehidupan terutama di dalam pengajian mereka walaupun tanpa ibu dan ayah. Janganlah risau kerana ibu dan ayah sebenarnya sentiasa di sisi bersama-sama kamu. Ibu dan ayah sentiasa menitipkan do'a buat kamu, mohon agar Allah pelihara dan lindungi kamu, tetapkan hati kamu di Raudhatul U'lum dan agar kamu sentiasa seronok belajar di sana. Mudah-mudahan insyaAllah. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan anakku Ahmad Adil Hakim dan kurniakanlah kepadanya syurga tertinggi di sana kelak. Amin...ya rabbal a'lamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)