Rasa ana rumah nielah yang abang bawa ana iaitu tempat abang mengaji. Rumah seorang ustaz. Tapi ana tak dapat ikut sekali. Biasanya daging yang disembelih agak berbau hamis tapi tidak pada daging korban yang disembelih ustaz ini. Kata adik ipar ana ada cara atau teknik tertentu malah doa juga memainkan peranan utama. Hmmm, betul tu. Makanya, selesai sahaja pembahagian daging2 korban itu, abang pun bawa balik sebungkus. Walaupun sebungkus namun agak banyak. Tak habis ana & abang nak makan ni. So, bagi sikit kat jiran sebelah. Bila saja ana bersih2kan daging tu, ya Allah lembut gitu. Tak payah nak lembutkan lagi. Almaklumlah, ana ni jarang2 masak daging. Sebab dalam rumah tu berdua aje. Hakim & anas pula masih kecil dan ana jarang bagi makan daging pada budak2 ni. Lambat hadam. Tapi kalau ayam dan ikan, telor tu selalu.
Friday, December 11, 2009
Biskut raya aidiladha 2009
Sehari sebelum raya aidiladha, ana rasa macam nak buat biskut. Tapi dah agak petang, takpelah.. mulakan cari bahan2nya. Bila siap, dah tengah malam. Sampai pening kepala ana dek kerana bakar biskut punya hal. Tetiba aje rasa nak minum jus limau kasturi, tak nak tambah air atau gula atau ape-ape pun. Camne tu? Minta tolong abang buatkan, hmm, abang pun apalagi habis diperahnya limau kasturi sebakul! Dah siap, ana pun minumlah. Tak berkerut langsung..tak masam ke? Taklah... apa kes nie minum jus limau kasturi masam2 tengahmalam ni?
Sekitar Majlis Ihtifal Taski Abim Alhidayah
Majlis ini diadakan pada hari Sabtu, sehari bermulanya cuti persekolahan akhir tahun 2009. Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai parents, maka ana dan abang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.
Muffin Pandan
Subscribe to:
Posts (Atom)