? ??????????????Love Glows!? ????? ?? ???Rating: 4.8 (12 Ratings)??68 Grabs Today. 10618 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Love to Hate? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??66 Grabs Today. 13394 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 24, 2011

Dalam hati ada taman(part 1)


Free gift





Inilah idaman hati ana selama ini. Dah lama ana inginkan sebuah KC yang siap ada hob + hood + built-in-oven dalam rumah ana. Akhirnya ana temui di Tan Electrical Parit Buntar. Semua brand Zanussi. Harga boleh tahan. Nanti senang le ana nak masak dalam kuantiti yang banyak. Mane tahu kalau orang nak tempah kek coklat ke, Empress oven ana tu kecik aje. Yang nie mak oven. Kabinet dalam proses sebenarnya. IKAN ada datang pagi tadi buat rangka KC. Abang ada bagitahu rupanya IKAN merata buat kerja, tempahan KC, wiring & etc nun sampai ke Singapore. Huh..jauh tu..takpe nanti kalau dah siap KC ana post ok.

Wednesday, November 23, 2011

Cistat Blueberry







Percubaan ana yang pertama. Bolehlah walaupun tak secantik kak Azita. Tapi serius cakap memang sedap. Jem bluberi manis sangat pada tekak ana sebab ana memang tak makan manis-manis. Lain kali kena le kurangkan. Masa ni ana sempat lagi buat, kat belakang abang tengah minta Hery kawan baiknya juga seorang chef goreng char kuey teow. Rupanya mana nak sama tukang masak kan lain-lain. Hehe.. pada ana abang cuma perlu try & error benda ni. nanti ok le tu.

Tart Nenas

Inilah biskut-biskut raya ana dari kiri biskut mazola,tart nenas, biskut peanut butter, biskut coklat chip dan biskut aiskrim yang belum disalut coklat.
Tart nenas
Belum bakar









Inilah hasilnya homemade jem nenas. Ana buat sendiri first time. Nampak tak yang tengah menggelegak tu.. hati-hati bila mengacau, takut kena tangan. Melecur pulak. Kali kedua buat, ana taruh gula perang, memang cantik kalernya. Masa tu, pantang nampak nenas. Tapi kena pilih yang terbaik untuk menghasilkan jem yang terbaik. Jem dah ok, tinggal nak bikin doh. Yang ni, ana amik resepi dari kak yatiememories. Memang mabeles. Cuma abang cakap besar gedabak tat nenas tu. Hmmm.. nak tergelak pun ada, ana saja buat besar-besar begitu buat makan sendiri. Kat kedai tak jual hehe..so ana pun kecilkan sikit. Dan itulah hasilnya. Acuannya ana beli kat Apple, plastik dan aloi tapi ana rasa better pakai plastik kot..tak sakit tangan nak menekannya.

Tuesday, November 22, 2011

Cerita char kuey teow



Alhamdulillah, berkat usaha abang akhirnya berjaya menghasilkan char kuey teow yang terbaik. Selepas sebulan berhari raya, walaupun agak kekok dengan pelanggan dan suasana tempat kerja, lama-kelamaan biasa juga. Kata orang, alah biasa, tegal biasa. Tak gitu? Masih ana ingat sebelum memulakan perniagaan, semua orang dijemput untuk merasa hasil masakan abang. Mungkin abang belum betul-betul yakin dengan tekstur char kuey teownya. Namun kini tidak menang tangan dibuatnya. Mungkin itulah apa yang dikatakan berkat. Inilah hasilnya..