? ??????????????Love Glows!? ????? ?? ???Rating: 4.8 (12 Ratings)??68 Grabs Today. 10618 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Love to Hate? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??66 Grabs Today. 13394 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, June 24, 2011

Kelas Masakan

Salam.. arini ana ambil cuti. Ada kelas masakan yang perlu ana hadiri. Nnt ana post entry len.

Thursday, June 23, 2011

23 haribulan

Ada maksud tersirat di sebalik tarikh ini. 23 haribulan ya hari ini..masih segar dalam ingatanku. Nampaknya sudah tiga bulan juga peristiwa itu berlalu. Impak maksima buat ana. Syukur pada yang Maha Esa, aku masih diberikan peluang menghirup udara segar di muka bumi ini. Terima kasih ya Rabb atas segalanya.

Wednesday, June 22, 2011

Toy baru untuk Arianna















Pink. Itulah warnanya. Toy baru untuk Arianna. Sukanya diaaa...harganya RM 69.90, apasal tak letak 70 hinggit je. Senang kira. Nanti ana snap pic, kita tengok toy baru tu ye. Sekarang tak boleh la, letih sangat ni, ingat nak tidur awal sebab esok boleh pergi kerja awal sikit. Tengoklah..Arianna pulak baru bangun, alahai.. suruh ayah dia le mengadun pulak, ana kepenatan ni.




sukanya dia...


















Taraaaa.. inilah dia..

Tuesday, June 21, 2011

Kuah Durian

Teringin pulak rasanya nak beli durian Sedim, esok cadang nak rasa durian batu Kurau pulak.
Singgah kejap masa balik kursus Kemahiran 1Malaysia kat Adtec Kulim lepas kursus kat Kuale Kangsor. Penat memang tak payah citer. Ce ceriter....hehe..

durian mmmm sedapnya...

dah siap masuk dalam periuk..

santan dari kelapa yang siap diperah

tengah masak..

dapat 2 periuk..

berselera nampaknya Abg long makan
memang feveret dia la kuah durian ni. Tapi dia tak panggil kuah durian
tapi sup durian hehe.. "ibu, buat la sup durian, tak boleh lupa..sup durian...."

Monday, June 20, 2011

Ole-ole dari Kuala Kangsar


Biskut kacang dan putu kacang untuk kudapan.

Semasa balik dari kursus tu, sempat le ana singgah beli apam manis (nnt ana masukkan pic.) dan biskut kacang (yg ni abg pilih) dan putu kacang (ana pilih) lepas makan gulai tempoyak.

Wednesday, June 15, 2011

Kursus 2011

Rasanya baru je story pasal kursus, itupun sentuh sikit saja lorr, haaa dah kena pergi. Takpelah, tuntutan kerja. Nak buat macammana. Tapi yang pasti lokasinya di Bandar Diraja, Kuala Kangsar. Esok 16.06.2011 ana akan berkursus sehari dan meninggalkan si comelku.

Monday, June 13, 2011

Minyak wangi Mekah

Salam..semalam ana cuti, kebetulan pula jiranku iaitu Tok Nah pun baru balik dari mengerjakan umrah di Mekah. Hakim pagi petang sekolah..mmmm kena minta tolong tok kejap jaga Arianna. Ana pun bawa la Anas & Arianna ke rumah tok (depan rumah je). Sementara Hakim ana hantar naik motor. Lepas dah hantar Hakim, terus ana pergi rumah tok untuk dapatkan Arianna & Anas. Rupanya tak menangis pulak budak tu. Kalau tak jenuh tok pujuk. Terus ana tanyakan perkembangan semasa tok. Bagaimana agaknya keadaan tok sebaik tiba ke Malaysia? Katanya masih pening2 lalat naik kapalterbang MAS. Hmmm, biasa la tu nanti ok le.. sembang punya sembang, sempat lagi tok jamukan bihun goreng bersama air zam-zam, kurma, buah tiin, kismis dan kacang kuda. Iza pun ada datang membawa Ain & baby barunya. Cerita lagi dan lagi..mendengarkan pengalaman tok beliau terjatuh semasa tawaf dan nasiblah ada sedaranya cepat2 pegang tangan suruh bangun. Alhamdulillah..kalau tak harus kena pijak katanya. Masya-Allah..syukur segalanya selamat.
Kebetulan abang pun baru balik. Apalagi Tok Nah pun melaung memanggil2 abang. Marilah...marilah D...abang pun datang memenuhi permintaannya. Gamatlah jadinya rumah Tok Nah sebab abang pun ramah orangnya. Ana sekadar mendengar cerita darinya. Cekal hati insan yang bernama Tok Nah yang ana kenal dan amat mesra di kalangan anak2 kecil di taman ini. Rupanya ada buah tangan dari sana, minyak wangi Mekah untuk ana. Terima kasih ye tok..ana datang nak tengok tok je, bukannya nakkan apa2 tapi kalau tok dah kasi tak dapat ana nak menolaknya. Terima kasih banyak2..sebelum ana meminta diri untuk balik, Tok siap tinggalkan pesan, jika dimurahkan rezeki pergilah ke sana, Sue.. masih terbayang2 di ruangan matanya lambaian Kaabah yang sentiasa menggamit rasa untuk pergi ke Mekah, sayu rasanya ditinggalkan. Insya-Allah ana punya niat untuk ke tanah suci Mekah sekiranya dimurahkan rezeki. Doakan untuk ana..


Minyak wangi pemberian Tok Nah

memang wangi..

Thursday, June 9, 2011

Ana semasa Kursus di KL

Salam, nampak gayanya macam nak hujan lebat ni, kat tempat ana dahpun renyai-renyai. Tapi tangan ni masih nak menaip entry ni.. dibuatnya kilat berbunyi nanti haa.. sendiri mahu ingat laa..pc kena off cepat2, oklah tak nak buang masa, teringat pulak kenangan ana semasa berkursus di KL beberapa tahun yang lalu, kursus ICT memberi ruang kepada ana mengenali teman-teman baru di Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak. Kursus yang diadakan masa tu, ana belum punya blog. Jadi memang no post laa..tapi masa godek2 pc kat tempat kerja ni, dapat pulak foto ni. Nostalgia...

Wednesday, June 8, 2011

Anas




Anas atau abang ngah ni suka makan telor. Hari2 mesti nak makan telor. Ntah apa sebabnya pun ana kurang pasti. Pagi tadi ngah minta nasi+telor. Ana sediakan + minum milo.

Kemudian, tengahari makan nasi ayam sikit. Petang dia minta telor lagi. Malam pun begitu. Tapi setahu ana, telor ni boleh makan sebiji aje dalam sehari. Yang bestnya, bila ana sediakan telor untuk ngah.. mesti dia akan buka peti ais ambil kicap+lada sulah. Ishhhh.. confuse la pulak budak2 makan cam nie. Bila ana tak bagi dia makan telor, spontan dia jawab : "..kedekut.." hmmm sabo ajela.

Arianna Nasuha

Arianna 1,2,3 smile!!! Tak jadi lagi nak ambil gambar dia senyum melainkan kalau ana buat mimik muka dan menggeletek badannya. Ha.. ni baru lepas mandikan dia. Segar rasanya. Angah takde la pulak, jenuh juga la nak temankan si manjaku sorang ni. Nak tinggal sekejap pun dah tak berani sebab dia dah pandai merangkak. Aritu, kat ruang tamu je tapi sekarang dah boleh ke dapur. Ha..itu la dia..tapi rasanya macam tak percaya pun ada. Perkembangannya terlalu cepat. SubhanaAllah..

Monday, June 6, 2011

Taman Bunga


Cantik betul bunga-bunga dalam gambar ni. Kalau ana dapat, puas juga la serikan laman rumah yang tak seberapa ni. Memandangkan tak berapa sesuai dengan iklim kat sini, makanya 'kiv' la dulu.. lagipun nanti kalau ditanam, mesti ada tangan-tangan yang gatal nak memetik terutamanya budak2 nakal yang suka 'gardening' kat laman ana ni..almaklumlah nama lagi budak2..ada je yang nak 'explore'.

Saturday, June 4, 2011

Sebiru lautan



Pelam Sala


layan..


rasanya masam-manis dan masin (part ni buh garam sikit)



pelam sala dari jiranku




Pelam yang telah ana peram beberapa hari nampaknya dah masak.

Operasi mengupaslah pulak. Nampak gaya ana je la yang makan pelam ni.

Friday, June 3, 2011

Kek Coklat Oren Moist














dah siap!!


taruh coklat ganache


baru kuar oven..panas lagi


Kek Oren Blended


apesal tiba-tiba "hang' pc ni nnt ana upload.
skrg dah ok..baru boleh masuk pic.


lepas blend masukkan dalam bowl


masukkan kulit oren yang telah disagat halussss(mcm iklan nescafe tu..)


taburkan badam kat atasnya..so crunchy.
Kek ni memang sedap dan terasa ke'orenan'nya.

Bingka Pandan Lagi

Betul kata kak hanie masuk dalam blender then pressss..
Semudah A,B, C.. ana dah buat once arini buat lagi.
Bila dibakar, aroma pandannya wangi 1 rumah. Cubalah..
Resepi ni ana ambil dari mat gebu.






jus pandan homemade, fresh punye


santan beli kat market



campur semua dan blend



siap! nak bakar dalam oven..



taraaa..naik betul bengkang ni..



potong separuh nak bagi kat tok jiran depan rumah



yang ni untuk makan-makan sekeluarga

Thursday, June 2, 2011

Arianna




Dah besar rupanya dia..tengok tu..dah pandai posing.


ariana semasa berumur 9 bulan +++



sukanya dia.....



dah dapat bola..ni adik punye.....hehe



ana pulak baru balik kerja terus ambil dia dari

rumah Pengasuhnya..seronok betul rupanya..



1,2,3 cakkkkk!!!

Seharian bekerja 8-5, apabila tiba masa untuk pulang, saat keemasan buat ana.

Apa tidaknya melihatkan keletah si comelku yang sorang ni, tak sabar rasanya

nak ambil dia dari rumah Cik Nah (panggilan untuk Pengasuhnya).

Sebenarnya ana mencari dan menghantar arianna ke rumah Pengasuhnya pada usianya

3 bulan. Pada mula ana agak keberatan untuk meninggalkannya kepada Pengasuh

memandangkan dia asyik menangis saja dan taknak kepada orang lain. Risau juga

dibuatnya. Tambahan dia menyusu badan sepenuhnya. Ana ada juga mengajar botol semasa

dalam pantang tapi dia akan menolak. Pernah dia tak minum susu seharian sebab ana demam.

Walaupun ana ada perah tapi dia tetap taknak hisap botol. Mungkin juga dia tahu dan kenal yang

original. Alhamdulillah, ana berkorban dan sanggup berhenti kerja ketika itu. Tapi Allah permudahkan

segala urusan. Syukurlah...tengok tu.. dah besar rupanya dia.

Bingka Pandan

Bingka pandanku...made from fresh oven.. resepi dari cikgu Zana.
Minta izin copy paste resipinya ya kak.


Dah siap adun, letak dalam loyang


Bakar dalam ketuhar letrik cosway







garingnye....panass ni..






kena tunggu betul-betul sejuk baru boleh potong






yang nie siaran ulangan, bagi sikit kat jiran