Dah besar rupanya dia..tengok tu..dah pandai posing.
rumah Pengasuhnya..seronok betul rupanya..
Apa tidaknya melihatkan keletah si comelku yang sorang ni, tak sabar rasanya
nak ambil dia dari rumah Cik Nah (panggilan untuk Pengasuhnya).
Sebenarnya ana mencari dan menghantar arianna ke rumah Pengasuhnya pada usianya
3 bulan. Pada mula ana agak keberatan untuk meninggalkannya kepada Pengasuh
memandangkan dia asyik menangis saja dan taknak kepada orang lain. Risau juga
dibuatnya. Tambahan dia menyusu badan sepenuhnya. Ana ada juga mengajar botol semasa
dalam pantang tapi dia akan menolak. Pernah dia tak minum susu seharian sebab ana demam.
Walaupun ana ada perah tapi dia tetap taknak hisap botol. Mungkin juga dia tahu dan kenal yang
original. Alhamdulillah, ana berkorban dan sanggup berhenti kerja ketika itu. Tapi Allah permudahkan
segala urusan. Syukurlah...tengok tu.. dah besar rupanya dia.
No comments:
Post a Comment