Arianna sewaktu berusia 3 tahun 9 bln.
Tuesday, June 10, 2014
Wednesday, April 9, 2014
Friday, January 17, 2014
Tudung Labuh
Tudung Labuh - Pengalaman menarik Fatimah Syarha menerusi kolum Remaja Majalah Solusi isu no 21.
Semoga bacaan ini dapat "put things into perspective" buat kita dalam menilai dan memahami kewajipan menutup aurat sebagaimana yang dituntut agama, insyaAllah.
Corat-Coret Kisah Tudung Labuh…
“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.
Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.
Thursday, November 14, 2013
Al Hafiz Ahmad Adil Hakim
Alhamdulillah, amin,amin,amin.....moga anakku yang sulung ini bakal bergelar seorang hafiz.
Ana kira ini adalah lawatan pertama ana sekeluarga menjenguk beliau di Raudhatul Ulum .
Perubahan beliau sangat drastik. Penuh dengan tawaddu'...inilah hasil dari didikan AlQuran.
Ibu amat bangga, ibu titipkan do'a agar kamu sentiasa rendah diri, kuat semangat, cekal, tabah,
dan sabar walau di mana saja kakimu melangkah. Harungi setiap dugaan dan cabaran di muka
bumi Allah SWT ini dengan berlapang dada..

Tuesday, September 24, 2013
Genap 44 hari di Raudhatul U'lum
Cepatnya masa berlalu..tak sangka rupanya sudah genap 44 hari Hakim di Raudhatul U'lum. Ini bermakna telah habis masa berpantang bagi Adil Hakim. Ibulah orang yang paling gembira menanti saat ini setelah ibu menghitung hari. Ibu pun bagitahu pada ayah, ayah cakap 'dah cukup 44 hari ke Sue?' Iya...iya...syukurlah. Ibu amat mengharapkan kamu dapat meneruskan pengajian di Raudhatul Ulum. Supaya dapat kamu meneruskan kesinambungan 'abang2 kamu' iaitu bekas para pelajar yang cekal dan tabah meneruskan kehidupan terutama di dalam pengajian mereka walaupun tanpa ibu dan ayah. Janganlah risau kerana ibu dan ayah sebenarnya sentiasa di sisi bersama-sama kamu. Ibu dan ayah sentiasa menitipkan do'a buat kamu, mohon agar Allah pelihara dan lindungi kamu, tetapkan hati kamu di Raudhatul U'lum dan agar kamu sentiasa seronok belajar di sana. Mudah-mudahan insyaAllah. Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan anakku Ahmad Adil Hakim dan kurniakanlah kepadanya syurga tertinggi di sana kelak. Amin...ya rabbal a'lamin.
Tuesday, August 20, 2013
Tertunai hajat di hati
Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Rabb, segalanya dipermudahkan. Harapan ana semoga anak sulung
dalam keluarga ini mampu mengharungi kehidupan baru bersama sahabat-sahabat baru di Raudhatul Ulum. Sejuk hati ibu melihatmu nak. Hari ini merupakan hari ke-4 kamu di sana, kekadang terbit juga rasa gusar di hati ini. 'macam mana lah kamu di sana, apa agaknya yang kamu buat ketika ini ' pelbagai lagi rasa di dalam hati ini. Ibu doakan kamu baik-baik di sana, ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untukmu dan yang paling utama doa ibu agar Allah SWT tetapkan hati kamu mempelajari agama di sana. Ibu dan ayah sentiasa bersamamu, ibu redha semua ini. Kuatkan semangat tabahkan hati, walaupun kamu baru 9 tahun, tapi ibu tahu kamu kuat nak..ayah pun cakap begitu pada ibu. Kamu anak yang baik dan ibu titipkan doa semoga kamu dan adik-adikmu menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin ya Rabbal a'lamin.

Friday, January 4, 2013
2013...
Selamat tahun baru 2013.
Semoga tahun lepas memberi semangat baru untuk ana mulakan perjalanan hidup di muka bumi ini
dengan azam yang membara. Semoga terus berjaya terutama kepada my dear hubby demi mencapai apa yang dicita-citakan di dunia dan akhirat. Amin.
Ana mendoakan yang terbaik untuk semuanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)