Alhamdulillah..syukur padaMu Ya Rabb, segalanya dipermudahkan. Harapan ana semoga anak sulung
dalam keluarga ini mampu mengharungi kehidupan baru bersama sahabat-sahabat baru di Raudhatul Ulum. Sejuk hati ibu melihatmu nak. Hari ini merupakan hari ke-4 kamu di sana, kekadang terbit juga rasa gusar di hati ini. 'macam mana lah kamu di sana, apa agaknya yang kamu buat ketika ini ' pelbagai lagi rasa di dalam hati ini. Ibu doakan kamu baik-baik di sana, ibu akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untukmu dan yang paling utama doa ibu agar Allah SWT tetapkan hati kamu mempelajari agama di sana. Ibu dan ayah sentiasa bersamamu, ibu redha semua ini. Kuatkan semangat tabahkan hati, walaupun kamu baru 9 tahun, tapi ibu tahu kamu kuat nak..ayah pun cakap begitu pada ibu. Kamu anak yang baik dan ibu titipkan doa semoga kamu dan adik-adikmu menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin ya Rabbal a'lamin.
Tuesday, August 20, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment