? ??????????????Love Glows!? ????? ?? ???Rating: 4.8 (12 Ratings)??68 Grabs Today. 10618 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Love to Hate? ????? ?? ???Rating: 4.7 (49 Ratings)??66 Grabs Today. 13394 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 28, 2009

Kek Coklat Moist

Inilah hasil pertama dari oven yang ana beli tu. Sebenarnya agak lama juga ana tak buat kek. Dulu masa sekolah rajin juga ana buat bersama teman karib. Yang tak boleh lupa tu, abis periuk belanga mak, ana kerjakan. Bila teringat nostalgia lama, ana senyum sorang2. Tapi sekarang, baru berkesempatan mencuba resipi kek coklat yang ana dapat dari internet. First time buat terus menjadi. Alhamdulillah. Rasanya dah 3-4 kali dalam bulan nie buat kek coklat tu. Mula-mula buat, abang kata sedap. Anak-anak pun begitu. Buat lagi, untuk bebudak pulak. Then, buat lagi kasi jiran tetangga. Ada yang nak resipi. Last, buat lagi itupun masa malam hari dalam pukul 9.30 siap bakar. Cadang nak buat topping, tetiba gas abis. Terus angkut periuk sebab dah masuk bahan dalam tu. Nak masak topping tu kat rumah mak. Kek pun bawak sekali pasal nak bagi mak lagipun lama tak jenguk mak lepas2 raya hari tu. Kebetulan mak tidur awal, bangun dia bila dengar riuh rendah si anas dan hakim. Yang lain-lain pun tidur. Cuma atuk yang masih berjaga. Apalagi, terus ana masak topping tu dan lepas sembang-sembang ngan mak, makanya malas pulak nak lama-lama pasal dah malam, so minta diri dulu ye. Lain kali kami datang lagi. Esok nak kerja. Anak-anak pulak nak sekolah.







Oven Empress

Oven nie ana dapat dari cosway. Lama dah aim sebenarnya..lepas raya puasa baru-baru ni terus pergi redeem kupon 1RC + RM 159.00. Kebetulan kat cosway pun hanya tinggal satu. Nampak gaya rezeki ana le tu. Tapi yang bestnya oven ni boleh bakar ayam like Kenny Roger gitu, siap pusing2 lagi..bukan apa ana tengok fotopages kak liza, dia pun ada beli. Siap bagi maklumat tambahan lagi. So, untuk julung2 kalinya ana siap bakar kek coklat lagi. Hasilnya...memang tak rugi beli!!! Ana kasi 5 bintang kat oven ni.


Inilah dia rupanya..
My first chocolate cake

Nie masa amik keluar dari cosway

Wednesday, October 14, 2009