Baru lagi minggu lepas pi makan ikan bakar, oklah ni kira last kita pi sana. Bila dah selalu pi rasa jemu la pulak. Tapi disebabkan dek penangan ikan bakarnya yang menguja selera sesapa aje termasuklah ana, he he rasanya tak kisahlah kali ke berapa pun. Lagipun oleh kerana suamiku tertinggal barang kat sana bolehlah pi amik sekali. Jom kita ke Teluk Tempoyak lagiii pekena ikan bakar!
atas jambatan Penang
Anas sampai tertidur...dek kepenatan bermain tadi
Anas dan ayah di perkampungan nelayan
menikmati keindahan alam
suasana kampong nelayan bot-bot kecil para nelayan
order dah sampai...
air asamnya... panas..panas..
2 ekor ikan siakap bakar, haa! apalagi...jom makan.
Jom pi Penang!! Kali kedua nak ke tempat yang sama, mana lagi..Teluk Tempoyaklah.. pasal 'enviroment' nya best sangat. Lagipun nak pekena ikan bakar lagi. Emm, kali nie ana dan keluarga menjemput O-e untuk bersama-sama 'joint' trip nih. Apalagi... jomlah!!
Selamat Datang kepada semua pengunjung yang sudi singgah di blog ana yang tak seberapa ini.
Blog ini diwujudkan untuk berkongsi kisah kehidupan ana sekeluarga, aktiviti masak-masak dan duniaku. Sebagai nukilan rasa apa yang terbit kucoretkan di sini.
Salam ziarah..